DIPLOMA FARMASI

    Farmasi adalah salah satu cabang kimia yang menjurus kepada penggunaan ubat secara selamat dan efektif. Bidang farmasi ini terbahagi kepada tiga cabang lain iaitu Farmaseutik, Kimia Farmaseutikal dan Praktis Farmasi. Bidang ini dianggap sebagai bidang yang kritikal pada zaman kemajuan kini memandang masyarakat sangat prihatin terhadap pengambilan ubat-ubatan dan tahap kesihatan dalam kehidupan seharian. Matlamat utama bidang farmasi ini ialah untuk memastikan terapi drug yang optimum dan rasional melalui penglibatan pekerja dalam proses penyediaan, pengedaran dan pengawalan ubat-ubatan dan produk produk farmaseutikal. Diploma Farmasi menyediakan pelajar untuk menjadi juruteknik farmasi yang berpengetahuan dalam bidang farmaseutik, kimia farmaseutik dan praktis farmasi supaya mereka bersedia memasuki pasaran kerja dalam industri farmaseutikal yang menekankan aspek kimia farmaseutik dan farmaseutik atau memasuki pasaran kerja yang menekan aspek praktis farmasi seperti hospital dan farmasi komuniti.Bidang farmasi ini secara tidak langsung dapat melahirkan profesional yang beretika yang dapat mewujudkan tanggungjawab kemasyarakatan demi untuk memenuhi tuntutan agama dan aspirasi negara.

Comments

  1. Macam mana ye nak masuk micost ni??

    ReplyDelete
  2. Boleh klik link di bawah 'Daftar Sekarang' ataupun whatsapp Cikgu Nur'Ain 01121372270 utk sebarang pertanyaan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts